Saturday, 26 May 2012

Strawberry Prune Chilled Cheesecake

Hai semua...

Sempena hari ibu dan hari guru baru2 ni, ku telah buatkan khas kek utk mama ku yg tercinta yg juga seorang guru..Ni dia...Strawberry Prune Cheesecake...


Anakku yg duk posing bersama tok ma nye...

Aha...gambar sepotong kek...Berjalur-jalur lak gara2 dipotong dgn pisau roti..

Apakah itu Ovalette @ Quick 75? - Sumber dari Utusan

Contoh Ovallete

Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.
Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Selain kek span, ada juga resipi kek Sarawak dan apam yang mengunakan ovalette sebagai bahan penstabil. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.

Ovalette menjadikan kek mudah mengental, stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.

Serbuk penaik, krim tartar dan soda bikarbonat

Serbuk penaik, krim tartar dan soda bikarbonat - Sumber dari Blog Resepi Noraini
Salam dan pe kabar seme?...Mari kita kongsi info ini bersama...
 
 
 
Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder).Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.

Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid.
Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

Saturday, 12 May 2012

Red velvet Cupcake with blueberry cream cheese frosting....

Salam seme...

Anda berminat dengan red velvet cupcake?


Proses pembikinan red velvet cupcakes..





Dapatkannya sekarang dengan harga RM 1.70 dalam pilihan pelbagai perisa cream cheese (strawberry, blueberry,original,orange dan lain2) mengikut citarasa anda..
Harga termasuk plastic packaging @ cupcake box...

Juga terdapat dalam pelbagai perisa cupcake (chocolate moist,vanilla,orange,blueberry,strawberry) dan pelbagai perisa buttercream mengikut kehendak anda.. 
Bye...

Mini Cheese Tart...

Aha...kawan2 dan para customer seme..
Ni dia mini cheese tart yg boleh didapati dlm pelbagai perisa (blueberry,strawberry,orange,chocolate,kiwi)...


Boleh didapati dalam packaging 20 pcs dgn harga RM 12 dan
50 pcs dgn harga RM 30...

Chocolate Homemade...ummm...

Salam semua..Pekabar kawan2?...harap sihat semenya..da lama tak wat entry..aritu duk pulang ke kampung halaman di Pahang..x sempat berblog..

Aha...ni dia chocolate homemade yg berwarna-warni yg semestinya bukan sahaja cantik menawan,tapi juga sedap dimakan...cewah..

Ni rupa sebenar coklat..coklat berperisa blueberry (purple) dan perisa strawberry (pink)..Juga terdapat dalam pelbagai perisa dan pelbagai perisa filling (utk paraline chocolate).. 
Kawan2 seme boleh pilih perisa @ filling sama ada strawberry, blueberry, orange, mint dan lain2..



Sesuai dijadikan cenderahati utk rakan2,corporate souvenir,hadiah ulangtahun perkahwinan dan hari lahir dan juga sebagai doorgift..



Cuma RM 40 sahaja utk 35 pcs termasuk kotak dan riben (untuk coklat yg tiada filling)
dan tambahan RM 2 utk simple & special wordings (Selamat Hari Jadi,Selamat Hari Guru,Selamat Ulangtahun & lain...)
Untuk coklat praline (ada filling) boleh didapati pada harga RM 42 utk 35 pcs termasuk kotak dan riben dan tambahan RM 2 untuk special wordings...

Monday, 23 April 2012

Lagi...Cheesetart

Salam semua...

Lagi2 cheesetart ye...hehe..tapi kali ni rupa dia lain skit la...bukan bunga lagi bentuknya atas cheese tu..tapi kita buat swirl2 pulak filling dia..actually, ni cheesetart version lain dari entry yg 1st..inti cheesetartnya sy guna resepi yg biasa org guna cuma tambah dlm 60ml whipping cream untuk mmbuatkan inti dia lbih creamy dan cantik bentuknya slpas dibakar..bila kita tambah whipping cream, intinya akan naik cantik bila dibakar..bagi resepi inti cheesetart yg x ditambah whipping cream, permukaanya nampak rata dan x naik slepas dibakar..

Sunday, 22 April 2012

Unbaked Chocolate Layer Cheesecake (Chilled)

Salam semua...

Em...ujung minggu baru ni, rasa macam nak mkn cheesecake je...nak gi secret resepi, malas pulak..lagipun x puas mkn..5 ringgit, boleh dpt spotong je...em,duk pikir2, apa kata, buat jelah sndiri kek, leh mkn puas2..hehe...so,mula lah duk belek2 buku resepi.terjumpalah satu resepi ni..nama dia unbaked blueberry cheesecake..sy ni krg skit kesukaannya pd blueberry nih...so,edit la resepi skit jadi chocolate cheesecake..so...inilah hasilnya =)..

Cheesecake ni, layer di bawah skali, kena bake juga walaupun namanya unbaked..tp, kalo x nak buat layer yg bawah pun xpe..tapi jadi mcm puding la, x mcm kek. layer bwh skali hasil dari crushed oreo biscuits + almond nibs + margerine dan bakar dlm oven...Em..yummy..yummy..masa utk makan =)


Monday, 9 April 2012

Salam Perkenalan Semua....

Assalamualaikum dan salam sejahtera 1 Malaysia seme...

Salam perkenalan buat semua..

Em...Duk post2 gambar dlm blog ni,terlupa lak nak tulis serba sikit pasal blog ni...Blog ni saya baru je create dlm 2-3 minggu ni.Insya Allah, dengan adanya blog ni, leh la saya menambah lebih ramai lagi kenalan especially sesiapa yg berminat dalam bidang masakan dan ingin berkongsi mcm2 resepi dan tips masakan.Tidak lupa juga bagi yg berminat utk order kek,coklat,dessert dan apa jua produk "SweetLovely Homemade" di sekitar Melaka, sgt dialu2kan..... =).

Untuk pengetahuan kawan2 semua, disebabkan blog ini baru saje dibuat, maka tidak banyak lagi gambar produk2 SweetLovely Homemade di"post"kan dlm blog ni..Insya Allah,dari semasa ke semasa, saya akan meng"update"nya...Eh..campur lak english dgn BM..maaf cikgu yer...=)

Okey...keep in touch ye..

Wednesday, 4 April 2012

Oreo Cream Cheese Brownies

OREO CREAM CHEESE BROWNIES


Oreo Cream Cheese Brownies
(dlm slice packaging)

Whoopie Pie

WHOOPIE PIE



Mini Whoopie Pies
with Strawberry / Orange / Blueberry / Chocolate Cream Cheese....

Red Velvet Blueberry Cream Cheese Brownies


RED VELVET BLUEBERRY CREAM CHEESE BROWNIES


Red Velvet Blueberry Cream Cheese Brownies